Jawatankuasa Perwakilan Pelajar









Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Mukah Sarawak atau singkatannya JPPPMU merupakan badan pelajar yang ditubuhkan mengikut Subseksyen 7, Akta Institusi-Institusi Pelajar (Tatatertib) 1976 (Akta 174) untuk mewakili para pelajar berdaftar di PMU.


Sebagai wakil perantara bagi pelajar dan juga Pengurusan Tertinggi PMU, JPPPMU bertanggungjawab untuk mempastikan landas undang-undang digunakan dalam implimentasi mana-mana aktiviti/program

JPP adalah badan induk kepada semua kegiatan dan aktiviti aktiviti pelajar.

Berfungsi merancang dan mengurustadbir aktiviti pelajar meliputi bidang-bidang sosial, disiplin, kebajikan dan sebahagian ko-kurikulum yang tidak melibatkan P&P.

JPP bertanggungjawab dalam mengendalikan beberapa program ilmiah dan ko-kurikulum merentas jabatan.

Menjadi perantara antara pelajar dengan pihak atasan.


WE CARE, WE SHARE, WE STRIVE

8:48 AM

Ubuntu 9.10 merupakan sistem pengoperasian berasaskan Linux (Linux-based) yang menawarkan ciri-ciri seperti:

  • Sistem Sumber Terbuka (Open Source System) - boleh diubahsuai mengikut kehendak
  • Percuma (Free of Charge)
  • Sokongan penuh perisian
  • Pelbagai bahasa
  • Hampir bebas virus
Biro ICT PMU menggalakkan penggunaan perisian asli kepada semua rakan-rakan pelajar..





1:35 AM

PERTANDINGAN SEPANDUK SEMPENA MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Pada 9 Mac 2009, satu pertandingan sepanduk telah diadakan, anjuran Majlis Daerah Mukah dan Pejabat Agama Islam Mukah. Politeknik Mukah tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan tersebut. JPP dengan kerjasama RASMA telah berkerjasama dan bersengkang mata, dalam menghasilkan sepanduk yang akan dipertandingkan. Walaupun tidak memenangi anugerah sepanduk terbaik, namun Politeknik Mukah telah mendapat anugerah Kontinjen terbaik sepanjang perarakan membawa sepanduk mengelilingi bandar Mukah.

Gambar-gambar sepanjang pertandingan sepanduk dan perarakan sempena menyambut Maulidur RasulSepanduk hasil kerja JPP dan RASMA

Memenangi anugerah Kontinjen terbaik

12:43 AM

CERAMAH ANTI DADAH

Pada 24 Februari 2009, satu program ceramah berkaitan dengan anti dadah telah dilaksanakan di Dewan Serbaguna. Ceramah anti dadah ini melibatkan semua pelajar. Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada semua pelajar Politeknik Mukah tentang bahaya dadah, dan kesan jangkamasa panjang terhadap kehidupan seseorang serta kesan kepada negara.

Gambar-gambar sepanjang Program

Pelajar-pelajar yang hadir, mengambil tempat

Penceramah; Prof. Madya Huzili, daripada Fakulti Pengajian Kemanuasiaan dan Komunikasi, Universiti Malaysia Perlis

Sesi ceramah anti dadah

En. Yusri mewakili Timb. Pengarah, dengan diiringi En. Hisyamsani, menyampaikan cenderahati kepada penceramah

Keberangkatan pulang penceramah, dengan diiringi En. Mohd Khairuddin, pegawai Hal-Hal Pelajar, Politeknik Mukah Sarawak

12:38 AM

RANDAU JPP

Randau merupakan satu sesi dialog yang melibatkan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dengan para pelajar politeknik secara menyeluruh tanpa melibatkan mana-mana pensyarah ataupun pegawai-pegawai politeknik. Ia merupakan aktiviti di mana pelajar & JPP dapat berdialog secara tertutup khusus untuk membincangkan isu-isu pelajar di politeknik & cadangan aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di politeknik. Randau bagi JPP sesi Jan 2009 telah diadakan pada 20 Februari 2009 bertempat di Dewan Serbaguna Politeknik mukah Sarawak.

11:54 PM

KOLOKIUM JPP 2009













Pada 13-15 Februari, satu program Kolokium JPP telah diadakan. Program ini di anjurkan oleh Unit Hal-Hal Pelajar (Kebajikan & Disiplin) Politeknik Mukah Sarawak. Program ini melibatkan penyertaan daripada semua pimpinan tertinggi kelab dan jawatankuasa pelajar di politeknik mukah iaitu JPP, JPK, KKE,KKA, MECHATECH, COMMERCE CLUB, DAN KELAB IT. Sepanjang proram ini, semua peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti bersifat kepimpinan dan pengurusan organisasi serta 'team building'.

3:03 AM

PENGENALAN

Blog rasmi JPP-PMU ini adalah bertujuan untuk memberi informasi kepada semua pengunjung laman web ini tentang JPP-PMU secara khususnya. Laman web ini juga menyediakan ruangan untuk makluman berkenaan dengan aktiviti-aktiviti terkini anjuran JPP-PMU. Mudah-mudahan, ianya akan dijadikan sebagai medium rujukan untuk pelajar PMU khususnya dan masyarakat tempatan umumnya.